Pages

Friday, April 27, 2018

2018 Minggu 17 (23-27/4/18)

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
23/4/18 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK5/ 24 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA KESIMPULAN  ESEI.
Objektif
       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan kesimpulan esei. 
Kaedah/Aktiviti
Latihan menghuraikan kesimpulan esei berdasarkan panduan berikut:
1.      Sebaik-baiknya gunakan perkataan kesimpulan sahaja. Jika menggunakan perkataan lain,biarlah jelas maksudnya.
2.      Gunakan lebih daripada satu ayat.
3.      Jangan senaraikan/ulang semula isi
4.      Masukkan unsur futuristik (apa yang berlaku selepas itu).Contoh: …disebabkan kekufuran dan kejahilan masyarakat jahiliyah, Allah menurunkan kitab suci al-Quran sebagai pedoman kepada mereka.
5.      Pembeza ayat pertama dan kedua dipisahkan oleh perkataan “Namun begitu” dll yang sesuai.
6.      Beri pendapat yang dikaitkan dengan fakta,tetapi hendaklah selaras dengan kehendak soalan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha

Konsep/Istilah
Unsur futuristik
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Oxford Fajar.  
  3. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Sasbadi 
  4. Sukatan  Pelajaran Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia.
  5. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014.
  6. Soalan Percubaan Kelantan 2015.
Refleksi
80% Pelajar berjaya menghasilkan kesimpulan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya berjaya menyiapkan melebihi tempoh masa yang guru tetapkan.
Walaubagaimanapun keseluruhannya pelajar berjaya menyiapkan kesimpulan esei mengikut kehendak soalan yang dikemukakan.
Ada pelajar yang berjaya menghasilkan kesimpulan esei dengan baik dan ada juga yang sederhana.Latihan pengukuhan diberi sebagai kerja rumah.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
23/4/18 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK5/ 24 pelajar
Masa
1.20-2.50
Tajuk
SEJARAH KERTAS 4:KERJA KURSUS
  • Pembentangan (sambungan)
Objektif
  1. Menjelaskan dapatan hasil kajian.
  2. Menilai keaslian hasil kajian
Kaedah/Aktiviti
1.      Pelajar membuat pembentangan menggunakan slide power point
KBAT
Menganalisis/ Membuat keputusan
 i-Think/Proses Pemikiran 
Peta Buih/Menerangkan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Kegigihan
Konsep/Istilah
Dapatan hasil kajian
Sumber rujukan
  1. Sukatan  Pelajaran Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia.
  2. Hasil kajian pelajar
Refleksi
Pembentangan berjalan lancar dan selesai bagi semua pelajar kerana masa pembentangan dilanjutkan hingga jam 3.30 petang memandangkan tiada kelas lain yang menempah penggunaan Makmal selepas slot kami.
Terdapat  pelajar yang kurang yakin semasa menjawab soalan guru kerana banyak bahan eseinya disalin daripada internet tanpa mengetahui kaitannya secara jelas dengan tajuk kajian . Guru meminta pelajar tersebut membuat penambahbaikan bagi eseinya. Pelajar tersebut diminta menyiapkannya kemudian. Semua pelajar hadir.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
24/4/18 (Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK5/ 24 pelajar
Masa
7.30-8.30
Tajuk
SEJARAH KERTAS 4:KK
  • Membuat penambahbaikan terhadap KK Pelajar  
Objektif
  1. Menjelaskan perkara yang perlu ditambahbaik oleh setiap pelajar berkenaan..
Kaedah/Aktiviti
  1.  Guru menerangkan satu persatu perkara yang perlu diperbetulkn oleh setiap pelajar.
KBAT
Menganalisis/ Membuat keputusan
 i-Think/Proses Pemikiran 
-
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
Ketelusan dalam menghasilkan tugasan
Konsep/Istilah
Dapatan hasil kajian.
Sumber rujukan
  1. Manual KK Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia.
Refleksi
Terdapat 2 pelajar membuat salinan data daripada sumber internet sebanyak 50% manakala 2 lagi hampir 100%. Mereka diminta membuat pembetulan. Pelajar ini antara kalangan pelajar yang lambat hantar KK.
Semua pelajar sebenarnya telah diberi peluang membuat penambahbaikan terhadap hasil KK masing-masing sejak 2/4/18  tetapi hingga hari ini mereka masih tidak serius dan melengah-lengahkan masa.
Pelajar juga dipanggil bertemu guru pada masa rehat dari masa ke semasa untuk mendapatkan penerangan tentang  aspek yang perlu dibuat pembetulan dalam KK mereka. Bagaimanapun, hingga hari ini, lebih kurang 40% lagi yang belum menghantar pembetulan berkenaan.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
25/4/18 (Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
 6AK5/ 24 pelajar
Masa
11.15-12.45
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
ULANGKAJI
Objektif
  1. Menyatakan fakta penting bagi setiap tajuk yang telah dipelajari.
Kaedah/Aktiviti
  1. kuiz berkumpulan
  2. Setiap wakil kumpulan akan mengambil kertas undi yang disediakan oleh guru.
  3. Soalan ditanya oleh guru berdasarkan nombor yang terdapat pada kertas undi berkenaan.
  4. Nilai markah ialah 2 bagi soalan utama manakala 1 markah untuk soalan terbuka
KBAT
Menilai
 i-Think/Proses Pemikiran 
Peta Buih berganda/Membanding beza
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
  1. Menghargai
  2. kepentingan ilmu dalam kehidupan.
  3. Kerjasama
  4. toleransi
Konsep/Istilah
  1. Bani
  2. Arbaha.
Sumber rujukan
  1. Buku Koleksi Kuiz  yang disediakan oleh guru sendiri
Refleksi
100% pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pengendalian kuiz .
Setiap kumpulan pelajar diberi kerja rumah iaitu mencari 5 soalan dan jawapan untuk siri Kuiz seterusnya.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
26/4/18 (Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
 6AK5/ 24 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
Ulangkaji
Objektif
Menyatakan maklumat penting bagi tajuk yang telah dipelajari.
Kaedah/Aktiviti
1.      Kuiz berkumpulan
·         Setiap kumpulan telah menyediakan soalan dan jawapan masing-masing.
·         Kumpulan pertama akan menyoal kumpulan kedua dan seterusnya hingga habis pusingan pertama .
·         Seterusnya kumpulan 2 akan menyoal kumpulan pertama dan kumpulan-kumpulan lain hingga habis pusingan kedua.Begitulah seterusnya hingga habis semua kumpulan (10 kumpulan)..
·         Bermakna setiap kumpulan berpeluang untuk menyoal dan disoal.
KBAT
menganalisis
i -Think/Proses   Pemikiran
 Hubungan seluruh bahagian
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Kerjasama
2.       Ketelitian dalam menentukan fakta
Konsep/Istilah
1.      Syiah
2.      Khawarij
Refleksi
Semua kumpuan  bersedia dengan soalan dan jawapan masing-masing.. Suasana PdPc sangat ceria dengan penglibatan aktif setiap kumpulan. 100% pelajar memberi kerjasama dalam aktiviti berkumpulan.
Pengendalian kuiz berjalan lancar. Bagaimanapun, tidak semua kumpulan berpeluang menyoal kerana kesuntukan masa
Justeru, hanya 2 kumpulan berpeluang menyoal  .
Aktiviti pdpc akan disambung esok.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
27/4/18(Jumaat)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK5/ 24 pelajar
Masa
10.45-11.45
Tajuk
Ulangkaji
Objektif
Menyatakan maklumat penting bagi tajuk yang telah dipelajari.
Kaedah/Aktiviti
Kuiz berkumpulan (sambungan)
·         Setiap kumpulan telah menyediakan soalan dan jawapan masing-masing.
·         Kumpulan pertama akan menyoal kumpulan kedua dan seterusnya hingga habis pusingan pertama .
·         Seterusnya kumpulan 2 akan menyoal kumpulan pertama dan kumpulan-kumpulan lain hingga habis pusingan kedua.Begitulah seterusnya hingga habis semua kumpulan (10 kumpulan)..
·         Bermakna setiap kumpulan berpeluang untuk menyoal dan disoal.
KBAT
menganalisis
i -Think/Proses   Pemikiran
 Hubungan seluruh bahagian
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Kerjasama
2.       Ketelitian dalam menentukan fakta
Konsep/Istilah
1.      Pasha
2.      Bey
Refleksi
Semua kumpuan  bersedia dengan soalan dan jawapan masing-masing..
100% pelajar memberi kerjasama dalam aktiviti berkumpulan.
Pengendalian kuiz berjalan lancar.
Semua kumpulan berpeluang menyoal dan disoal.
Juara bertahan disandang oleh kumpulan Balqis.