| Mata pelajaran | Sejarah |
| Tarikh | 24/9/12 (Isnin) |
| Kelas | 6RK1 |
| Tajuk | Ulangkaji
|
| Objektif |
- Menjelaskan setiap fakta penting dalam bentuk esei.
|
| Kaedah/Aktiviti |
- Seramai 34 pelajar dibahagikan kepada 11 kumpulan bermaksud purata 3 pelajar bagi setiap kumpulan.
- Setiap kumpulan diberi soalan berbeza(mengikut cabutan undi),beserta contoh rujukan.
- Setiap kumpulan membuat perbincangan bagi menjawab soalan berkenaan berpandukan bahan rujukan, dalam bentuk esei.
- Guru memantau dan menjadi fasilitator.
- Rangka jawapan yang telah disemak oleh guru akan ditaip dalam bentuk esei.Guru menyemak jawapan sekali lagi dan membuat penambahbaikan.
- Selepas itu, setiap kumpulan akan emelkan contoh jawapan kepada guru.Guru membuat tapisan sekali lagi, seterusnya akan emelkan jawapan berkenaan kepada setiap pelajar.
- Ini bermaksud, dalam tempoh satu minggu, setiap pelajar akan mendapat 11 esei yang dihasilkan secara bersama.
|
| Kbkk |
- Menganalisis
|
| Nilai/Unsur patriotisme |
- kerjasama
- kegigihan
|
| Konsep/Istilah |
- Perang Dingin
- Perjanjian Versailles
|
| Sumber rujukan |
- Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
- Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar.
|
| Refleksi | Pelajar bekerjasama dalam kumpulan masing-masing bagi mencari rangka jawapan. |