Pages

Wednesday, June 24, 2020

2020 Minggu 23 (24-25/6/2020).

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

24/6/2020 (Rabu )

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 17 pelajar

Masa

9.15-10.30

Tajuk

  • SEJARAH KERTAS 4: Kerja Kursus Penambahbaikan Kerja Kursus

Objektif

Membuat penambahbaikan hasil KK.

Kaedah/Aktiviti

1.      Guru membawa Fail KK Pelajar untuk ditunjuk kesalahan dan penambahbaikan yang perlu dibuat (Pelajar diberi peluang membuat pembetulan KK)

2.      Guru menerangkan satu persatu perkara yang perlu diperbetulkn oleh setiap pelajar

KBAT

Menganalisis/ Membuat keputusan

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Buih/Menerangkan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

Kerjasama

Konsep/Istilah

Dapatan hasil kajian.

Sumber rujukan

Hasil kajian pelajar masing-masing.

Refleksi

Hanya 30% pelajar membawa hasil kerja dengan tahap kesiapan kerja sebanyak 80% walaupun sebenarnya guru telah berpesan awal untuk membawa hasil kerja pada hari pertama ekolah dibuka selepas PKP.

Pelajar lain banyak yang tidak membawa tugasan.Disebabkan lama bercuti da nada yang tidak serius belajar secara maya semasa PKP, maka banyak yang tidak berjaya menyiapkan kerja seperti yang ditetapkan


Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

24/6/2020 (Rabu )

Kelas/Bilangan Pelajar

6A1/ 21 pelajar

Masa

1.20-2.30

Tajuk

SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM

  • ULANGKAJI: MEMBINA PENGENALAN ESEI

Objektif

1.      Menghasilkan pengenalan esei yang ringkas, padat dan tepat.

2.      Membahagikan pengenalan kepada 3 jenis berdasarkan bentuk soalan.

3.      Membina ayat terakhir dalam pengenalan dengan memberi penegasan dan mengaitkan dengan soalan. Contohnya, bagi soalan perbandingan,  sebaik-baiknya ditulis, bagi “aspek tersebut”, jelas ada perbandingan antara “a” dengan “b

Kaedah/Aktiviti

Latihan menulis pengenalan esei berdasarkan 3 jenis/bentuk soalan:

1.      Pengenalan yang menggunakan pendefinisian konsep dan takrifan. Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.

2.      Pengenalan yang menghuraikan latar belakang. Contoh Soalan:Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa Al-Rasyidin.

3.      Pengenalan yang tidak menggunakan takrifan sebagai isi.Hal ini kerana kehendak soalan adalah berfokus kepada konsep 

Contoh Soalan:

·         Jelaskan konsep ummah yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

·         Bincangkan konsep jihad dan kepentingan terhadap negara Islam pada zaman Rasulullah.

KBAT

Menganalisis

i-Think/Proses Pemikiran

Peta Pokok/Membuat pengelasan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

      1.      Kegigihan/daya usaha

      2.      Rela berkorban

Konsep/Istilah

1.            Ummah

2.            Jihad

Sumber rujukan

Soalan percubaan Penggal 2 tahun-tahun lepas.

Refleksi

 

Penglibatan pelajar dalam menghasilkan pengenalan esei amat menggalakkan.

Hasil kerja juga amat memuaskan,membuktikan mereka memang belajar dengan merujuk bhan yang disediakan oleh guru secara maya.

 

Saturday, June 20, 2020

MINGGU 12-22 (RPH MASA PKP 22/3-23/6/2020)

Tarikh   22  MAC  HINGGA 23 JUN 2020 
Catatan                             PENYEDIAAN RPH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
 ADA DISEDIAKAN DALAM JADUAL YANG DISELARASKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.