Pages

Wednesday, October 28, 2020

2020 Minggu 41 (25-29/10/2020)

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

25/10/2020 (Ahad)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 16 pelajar

Masa

10.20-12.00

Tajuk

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Tema 2: Transformasi Masyarakat. 

  • Peluasan kuasa asing.

Objektif

  1. Membincangkan  faktor dan cara peluasan kuasa asing di  Indonesia  (Abad ke-19).

Kaedah/Aktiviti

  1. Kuliah dan sumbang saran.

KBAT

Menganalisis

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Pelbagai Alir/sebab dan akibat

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

Kerjasama

Konsep/Istilah

  1. Dasar Liberal
  2. Perang Napoleon 

Sumber    rujukan

  1. Teks Pra U Sejarah STPM,Longman.
  2. Sejarah STPM Penggal 3,Pelangi

Refleksi

Objektif PdPc tercapai. 100% Pelajar dapat  menjelaskan faktor dan cara peluasan kuasa asing di  Indonesia pada abad ke-19  sekurang-kurangnya dengan memberi satu contoh bagi setiap faktor dan cara peluasan kuasa asing  .

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

26/10/2020 (Isnin)

Kelas/Bilangan Pelajar

6R5/ 24 pelajar

Masa

9.00-10.20

Tajuk

  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI.(sambungan)

Objektif

       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan isi esei 

Kaedah/Aktiviti

Latihan menghuraikan isi esei berdasarkan panduan berikut:

1.      Jika soalan tanya langkah-langkah, isi esei mesti ada kata kerja “me..”

2.      Menggunakan kata kunci yang diguna dalam soalan. Jangan ubah/guna perkataan lain walaupun sama maksudnya.

3.      Ayat pertama setiap perenggan perlu dinyatakan mengikut urutan iaitu Isi, Huraian dan Contoh.

4.      Bagi soalan Sejauhmanakah, sila guna perkataan Walaubagaimanapun untuk isi seterusnya.

5.      Penegasan pada akhir ayat.:Pada akhir ayat bagi setiap perenggan isi, perlu ada Penegasan iaitu taakulan/nilai fakta bagi setiap isi. Contohnya..Soalan berkenaan struktur masyarakat feudal di Jepun.

6.      Isi: Maharaja sebagai ketua negara

7.      Huraian: Maharaja memerintah pada teori/simbol

8.      Contoh: rakyat hanya berjumpa  Shogun jika ada urusan.

9.      Penegasan: Maharaja  berada pada lapisan tertinggi dalam struktur masyarakat.

 

Soalan perbincangan ialah:

1.      Bincangkan sistem pemerintahan Negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18-19M.

KBAT

Menganalisis

i-Think/Proses Pemikiran

Peta Pokok/Membuat pengelasan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

kerjasama.

 

Konsep/Istilah

sistem manor

Sumber rujukan

  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun 2013-2018.
  4. Soalan percubaan tahun-tahun lepas.

Refleksi

100% Pelajar berjaya menghasilkan isi dan penegasan isi esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya perlu berusaha dengan lebih gigih.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

26/10/2020 (Isnin)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 16 pelajar

Masa

12.00-1.20

Tajuk

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Tema 2: Transformasi Masyarakat. 

  • Peluasan kuasa asing.

Objektif

  1. Membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing di   Myanmar dalam Perang Inggeris-Myanmar 1 dan,2 (Abad ke-19).

Kaedah/Aktiviti

  1. Kuliah dan sumbang saran

KBAT

Menganalisis

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Pelbagai Alir/sebab dan akibat

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

  1. Kerjasama
  2. sedia berkorban mempertahankan Negara

Konsep/Istilah

  1. Pelarian orang Arakan.
  2. Perjanjian Yandabo.

Sumber    rujukan

  1. Sejarah Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur,Fajar Bakti.
  2. Sejarah STPM Penggal 3,Pelangi

Refleksi

Objektif PdPc tercapai 100% . Pelajar dapat menyatakan faktor-faktor dan kesan-kesan Perang-Inggeris-Myanmar 1 dan 2 sekurang-kurangnya dalam satu aspek misalnya yang berkait dengan keruntuhan Dinasti Konbaung .Pelajar juga membuat catatan nota ringkas.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

27/10/2020 (Selasa)

Kelas/Bilangan Pelajar

6R5/ 24 pelajar

Masa

7.40-9.00

Tajuk

ULANGKAJI:

·         MEMBINA ISI  ESEI (SAMBUNGAN).

  • MEMBINA KESIMPULAN  ESEI.

Objektif

1.      Menghasilkan isi esei yang jelas dan tepat mengikut format.

2.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan kesimpulan esei.   

Kaedah/Aktiviti

 Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.

1.      Pelajar menghantar esei mereka

2.      Guru membaca isi esei dan membuat pembetulan spontan untuk makluman pelajar lain.

Latihan menghuraikan kesimpulan esei berdasarkan panduan berikut:

1.      Sebaik-baiknya gunakan perkataan kesimpulan sahaja. Jika menggunakan perkataan lain,biarlah jelas maksudnya.

2.      Gunakan lebih daripada satu ayat.

3.      Jangan senaraikan/ulang semula isi

4.      Masukkan unsur futuristik (apa yang berlaku selepas itu).Contoh: …perkembangan ekonomi masyarakat agraria Belanda membolehkan mereka muncul sebagai salah sebuah kuasa penjajah yang kuat ada abad ke-19.

5.      Pembeza ayat pertama dan kedua dipisahkan oleh perkataan “Namun begitu” dll yang sesuai.

6.      Beri pendapat yang dikaitkan dengan fakta,tetapi hendaklah selaras dengan kehendak soalan.

KBAT

Menganalisis

i-Think/Proses Pemikiran

Peta Pokok/Membuat pengelasan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

        1.      kerjasama.

        2.      Kegigihan/daya usaha

Konsep/Istilah

1.      Unsur futuristik

Sumber rujukan

  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun 2013-2017.
  4. Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.

Refleksi

60% Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi pada hari sebelumnya manakala selebihnya  tidak menyiapkannya. Pelajar yang tidak menyiapkan tugasan diberi peluang sekali lagi untuk menyiapkan esei mereka. Semua pelajar yang menyiapkan tugasan, diberi peluang membacakan jawapan mereka. Guru memberi komen dan penambahbaikan terhadap jawapan pelajar. Pelajar yang tidak memberi perhatian diminta menyebut semula sekurang-kurangnya satu isi yang telah disampaikan oleh rakan mereka yang membentangkan jawapan.

Pelajar juga membuat catatan fakta penting berdasarkan jawapan rakan dan komen guru.

Selepas proses ini selesai, guru menerangkan bahagian kesimpulan pula, 20% Pelajar berjaya menghasilkan kesimpulan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ada pelajar yang berjaya menghasilkan kesimpulan esei dengan baik dan ada juga yang sederhana.Semua pelajar yang dah siap keseluruhan esei diminta menghantar esei mereka untuk diberi komen dan markah secara bertulis oleh guru.

 

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari  

27/10/2020 (Selasa)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A1/ 21 pelajar

Masa

9 .00-10.20

Tajuk

Tema 4: Pengisian Kemerdekaan. 

  • Pembinaan Negara Bangsa :pada abad ke-20

: Wawasan 2020.

Objektif

.Menerangkan cabaran dan hala tuju negara. 

Kaedah/Aktiviti

  1. Pembentangan kumpulan
  2. Sesi soal-jawab

3.      Rumusan pembentangan.

KBAT

menganalisis

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Buih/Menerangkan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

kerjasama

Konsep/Istilah

1.      masyarakat demokratik yang matang

Sumber    rujukan

  1. Malaysia Umum: Wikipedia
  2. Sejarah Malaysia
  3. Ace Ahead,Teks STPM Sejarah Malaysia,Oxford Fajar.  
  4. Teks Sejarah STPM Penggal 3, Pelangi.

Refleksi

100% Pelajar dapat menjelaskan  cabaran utama Wawasan 2020 sekurang-kurangnya dengan menghuraikan 5 daripada 9 cabaran berkenaan. Keseluruhannya pembentangan agak menarik dan menghiburkan..

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

27/10/2020 (Selasa)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 16 pelajar

Masa

12.00-1.20

CATATAN

PERTANDINGAN MENGHIAS BUNGA TELUR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

28/10/2020 (Rabu)

Kelas/Bilangan Pelajar

6R5/ 24 pelajar

Masa

7.40-9.00

CATATAN

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH (TINGKATAN 6)

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

28/10/2020 (Rabu)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A1/ 21 pelajar

Masa

9 .00-10.20

CATATAN

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH (TINGKATAN 6)

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

28/10/2020 (Rabu)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 16 pelajar

Masa

12.00-1.20

Tajuk

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Tema 2: Transformasi Masyarakat. 

  • Peluasan kuasa asing.

Objektif

Membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing di   Myanmar dalam Perang Inggeris-Myanmar 3 (Abad ke-19).

Kaedah/Aktiviti

Kuliah dan sumbang saran

KBAT

Menganalisis

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Pelbagai Alir/sebab dan akibat

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

sedia berkorban mempertahankan Negara

Konsep/Istilah

.Masalah kasut

Sumber    rujukan

1.      Sejarah Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur,Fajar Bakti

2.      .Sejarah STPM Penggal 3,Pelangi

Refleksi

Objektif PdPc tercapai 100% . Pelajar dapat menyatakan faktor-faktor dan kesan-kesan Perang-Inggeris-Myanmar 3 sekurang-kurangnya dalam 3 aspek misalnya yang berkait dengan keruntuhan Dinasti Konbaung .Pelajar juga membuat catatan nota ringkas.

 

Tarikh

29/10/2010

Catatan                       

 

CUTI UMUM:  MAULIDUR RASUL