Pages

Friday, September 28, 2018

2018 Minggu 39 (24-28/9/18).


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
24/9/18 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S3E/ 24 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
Ulangkaji
Bahagian A: Sejarah Malaysia.
  • MEMBINA PENGENALAN ESEI
Objektif
1.      Menganalisis tajuk penting bagi  Bahagian A
2.      Merujuk jadual analisis soalan dan membuat perbandingan akan kepentingan sesuatu tajuk dalam Bahagian A
Kaedah/Aktiviti
1.      Penegasan sekali lagi tentang langkah-langkah menghasilkan esei yang baik iaitu dengan yang sama seperti semasa mereka berada dalam Penggal 1 dan 2..
2.      Penerangan tentang perbezaan teknik menjawab sekiranya ayat terakhir dalam soalan berubah daripada perkataan Jelaskan kepada Bincangkan. Begitu juga dengan soalan sejauhmanakah.
3.      Perbincangan pelbagai contoh dan corak soalan.
4.      Membina pengenalan esei berpandukan soalan berikut:
·         Pembesar merupakan golongan yang memonopoli kuasa politik ekonomi dan sosial dalam masyarakat melayu tradisional sebelum campur tangan British. Bincangkan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Semangat ingin maju
2.      Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
1.      Perkataan Bincangkan yang berada di belakang ayat
Sumber rujukan
1.      Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
2.      Analisis soalan tahun 2013-2017.
3.      Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
4.      Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
Semua pelajar berusaha menghasilkan pengenalan esei. Guru bergerak dari meja ke meja memantau kerja pelajar. Pelajar yang berjaya menyiapkan pengenalan yang baik telah dibacakan oleh guru untuk makluman/panduan rakan pelajar yang lain. Bagi pengenalan yang kurang baik, guru membuat penambahbaikan.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
24/9/18 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S1E/ 24 pelajar
Masa
1.20-2.50
Tajuk
  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI.
Objektif
       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan isi esei 
Kaedah/Aktiviti
Latihan menghuraikan isi esei berdasarkan panduan berikut:
1.      Jika soalan tanya langkah-langkah, isi esei mesti ada kata kerja “me..”
2.      Menggunakan kata kunci yang diguna dalam soalan. Jangan ubah/guna perkataan lain walaupun sama maksudnya.
3.      Ayat pertama setiap perenggan perlu dinyatakan mengikut urutan iaitu Isi, Huraian dan Contoh.
4.      Bagi soalan Sejauhmanakah, sila guna perkataan Walaubagaimanapun untuk isi seterusnya.
5.      Penegasan pada akhir ayat.:Pada akhir ayat bagi setiap perenggan isi, perlu ada Penegasan iaitu taakulan/nilai fakta bagi setiap isi. Contohnya..Soalan berkenaan struktur masyarakat feudal di Jepun.
6.      Isi: Maharaja sebagai ketua negara
7.      Huraian: Maharaja memerintah pada teori/simbol
8.      Contoh: rakyat hanya berjumpa  Shogun jika ada urusan.
9.      Penegasan: Maharaja  berada pada lapisan tertinggi dalam struktur masyarakat.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      kerjasama.
 
Konsep/Istilah
1.      feudal
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun 2013-2017.
  4. Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
30% Pelajar berjaya menghasilkan isi esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya perlu menyambung tugasan di rumah dan membawanya keesokan hari untuk disemak dan dibincang bersama rakan sekelas.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
25/9/18 (Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S3E/ 24 pelajar
Masa
7.30-8.30
Tajuk
Ulangkaji
Bahagian A: Sejarah Malaysia.
·         MEMBINA ISI  ESEI
Objektif
1.      Menghasilkan esei yang baik mengikut format yang tepat.
Kaedah/Aktiviti
1.      Perbincangan dan penambahbaikan jawapan pengenalan esei pelajar (sambungan tugasan bagi hari sebelumnya.)
Latihan menghuraikan isi esei berdasarkan panduan berikut:
2.      Jika soalan tanya langkah-langkah, isi esei mesti ada kata kerja “me..”
3.      Menggunakan kata kunci yang diguna dalam soalan. Jangan ubah/guna perkataan lain walaupun sama maksudnya.
4.      Ayat pertama setiap perenggan perlu dinyatakan mengikut urutan iaitu Isi, Huraian dan Contoh.
5.      Bagi soalan Sejauhmanakah, sila guna perkataan Walaubagaimanapun untuk isi seterusnya.
6.      Penegasan pada akhir ayat.:Pada akhir ayat bagi setiap perenggan isi, perlu ada Penegasan iaitu taakulan/nilai fakta bagi setiap isi.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Semangat ingin maju
2.      Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
Kesan positif
Sumber rujukan
1.      Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
2.      Analisis soalan tahun 2013-2017.
3.      Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
4.      Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
100% pelajar berjaya menghasilkan pengenalan esei hari sebelumnya Bagaimanapun, hanya 80 % yang berjaya menghasilkan pengenalan yang baik..Selebihnya masih perlukan bimbingan. Guru meminta mereka menyambungnya lagi di rumah dan membawanya keesokan hari.Semua esei telah disemak dan dibuat penambahbaikan umtuk panduan bersama.Bagi esei yang baru diberi hari ini, pelajar berusaha menyiapkannya dan  perlu dihantar esok. 

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
25/9/18 (Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S1E/ 24 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
ULANGKAJI:
·         MEMBINA ISI  ESEI (SAMBUNGAN).
  • MEMBINA KESIMPULAN  ESEI.
Objektif
1.      Menghasilkan isi esei yang jelas dan tepat mengikut format.
2.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan kesimpulan esei.   
Kaedah/Aktiviti
 Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
1.      Pelajar menghantar esei mereka
2.      Guru membaca isi esei dan membuat pembetulan spontan untuk makluman pelajar lain.
Latihan menghuraikan kesimpulan esei berdasarkan panduan berikut:
1.      Sebaik-baiknya gunakan perkataan kesimpulan sahaja. Jika menggunakan perkataan lain,biarlah jelas maksudnya.
2.      Gunakan lebih daripada satu ayat.
3.      Jangan senaraikan/ulang semula isi
4.      Masukkan unsur futuristik (apa yang berlaku selepas itu).Contoh: …perkembangan ekonomi masyarakat agraria Belanda membolehkan mereka muncul sebagai salah sebuah kuasa penjajah yang kuat ada abad ke-19.
5.      Pembeza ayat pertama dan kedua dipisahkan oleh perkataan “Namun begitu” dll yang sesuai.
6.      Beri pendapat yang dikaitkan dengan fakta,tetapi hendaklah selaras dengan kehendak soalan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
Konsep/Istilah
1.      Unsur futuristik
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun 2013-2017.
  4. Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
80% Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi pada hari sebelumnya manakala selebihnya  tidak menyiapkannya. Pelajar yang tidak menyiapkan tugasan diberi peluang sekali lagi untuk menyiapkan esei mereka. Semua pelajar yang menyiapkan tugasan, diberi peluang membacakan jawapan mereka. Guru memberi komen dan penambahbaikan terhadap jawapan pelajar. Pelajar yang tidak memberi perhatian diminta menyebut semula sekurang-kurangnya satu isi yang telah disampaikan oleh rakan mereka yang membentangkan jawapan.
Pelajar juga membuat catatan fakta penting berdasarkan jawapan rakan dan komen guru.
Selepas proses ini selesai, guru menerangkan bahagian kesimpulan pula, 30% Pelajar berjaya menghasilkan kesimpulan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ada pelajar yang berjaya menghasilkan kesimpulan esei dengan baik dan ada juga yang sederhana.Semua pelajar yang dah siap keseluruhan esei diminta menghantar esei mereka untuk diberi komen dan markah secara bertulis oleh guru.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
27/9/18 (Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S3E/ 24 pelajar
Masa
11.15-12.45
Tajuk
ULANGKAJI:
·         MEMBINA ISI  ESEI (SAMBUNGAN).
  • MEMBINA KESIMPULAN  ESEI.
Objektif
1.      Menghasilkan isi esei yang jelas dan tepat mengikut format.
2.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan kesimpulan esei.   
Kaedah/Aktiviti
 Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
1.      Pelajar menghantar esei mereka
2.      Guru membaca isi esei dan membuat pembetulan spontan untuk makluman pelajar lain.
3.      Guru menyemak dan membuat penambahbaikan hasil kerja pelajar.
Latihan menghuraikan kesimpulan esei berdasarkan panduan berikut:
1.      Sebaik-baiknya gunakan perkataan kesimpulan sahaja. Jika
menggunakan perkataan lain,biarlah jelas maksudnya.
2.      Gunakan lebih daripada satu ayat.
3.      Jangan senaraikan/ulang semula isi
4.      Masukkan unsur futuristik (apa yang berlaku selepas itu).Contoh: …Jelaskan peranan pembesar di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan kuasa Barat pada tahun 1874.
5.      Pembeza ayat pertama dan kedua dipisahkan oleh perkataan “Namun begitu” dll yang sesuai.
6.      Beri pendapat yang dikaitkan dengan fakta,tetapi hendaklah selaras dengan kehendak soalan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
Konsep/Istilah
1.      Kawasan pegangan
2.      Surat tauliah
Sumber rujukan
1.      Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
  1. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
  2. Analisis Soalan Topik tumpuan 2018
  3. Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
Hanya 30% Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi pada hari sebelumnya, yang merangkumi isi lengkap manakala selebihnya  tidak menyiapkannya. Terdapat banyak kelemahan yang perlu ditambah baik misalnya esei tiada penegasan isi.
Bagi pelajar yang telah menyiapkan keseluruhan isi esei, mereka berlatih membuat bahagian kesimpulan pula, manakala pelajar lain masih  menyambung proses mengarang isi esei.Bagi pelajar yang membina kesimpulan esei, sebahagian besar daripada mereka berjaya menghasilkan kesimpulan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. .


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
27/9/18 (Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S1E/ 24 pelajar
Masa
7.00-8.00
Tajuk
  1. Ulangkaji
  • Perbincangan contoh soalan dan jawapan bagi Tema 1..
Objektif
  1. Menganalisis tajuk penting bagi  Tema 1 .
  2. Merujuk jadual analisis soalan dan membuat perbandingan akan kepentingan sesuatu tajuk dalam Tema 1.  .
Kaedah/Aktiviti
1.      Kuliah dan sumbang saran.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
  1. Semangat ingin maju
  2. Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
  1. Masyarakat agraria dan maritim
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun 2013-2017.
  4. Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas
Refleksi
Pelajar membuat catatan fakta penting.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
27/9/18 (Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S3E/ 24 pelajar
Masa
7.00-8.00
Catatan
Tiada PdPc kerana pelajar terlibat dalam lawatan kerjaya.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
27/9/18 (Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S1E/ 24 pelajar
6S1B/ 14 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
ULANGKAJI:
·         LATIHAN MENULIS  ESEI
Objektif
1.      Menghasilkan isi esei yang jelas dan tepat mengikut format.
2.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan kesimpulan esei.   
Kaedah/Aktiviti
Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
·         Pelajar menghantar esei mereka
·         Guru menyemak dan membuat penambahbaikan hasil kerja  pelajar .
·         Esei disemak dengan pelajar berada di sebelah guru supaya senang guru memberi penerangan terhadap kekuatan dan kelemahan esei tersebut..

Latihan menulis esei berpandukan soalan berikut:
·         Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 dan 17.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.       Kegigihan/daya usaha
2.       kerjasama
Konsep/Istilah
Unsur futuristik
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun 2013-2017.
  4. Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
Pelajar yang menghantar esei hari sebelumnya adalah 90%. Masih ada segelintir yang kurang serius membuat latihan. Pelajar yang sudah siap membuat tugasan hari seterusnya, mula berlatih membuat esei baru sambil menunggu giliran nama dipanggil untuk guru memeriksa dan membuat penambahbaikan esei bersama pelajar , manakala pelajar lain masih menyambung tugasan hari sebelumnya.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
28/9/18 (Jumaat)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S3E/ 24 pelajar
Masa
9.45-10.45
Tajuk
Ulangkaji
  • Bahagian A: Sejarah Malaysia.
Objektif
Menghasilkan esei yang baik mengikut format yang tepat.
Kaedah/Aktiviti
1.      Perbincangan dan penambahbaikan jawapan esei pelajar (sambungan tugasan bagi hari sebelumnya.)
2.      Menghasilkan esei berpandukan soalan berikut:
·         Huraikan peranan undang-undang Hukum Adat dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.
 3.  Rangka jawapan diberi kepada pelajar melalui group Whatsapp    kelas)
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Semangat ingin maju
2.      Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
Kesan positif
Sumber rujukan
1.      Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
  1. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
  2. Analisis Soalan Topik tumpuan 2018
4.      Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
90% pelajar berjaya menyiapkan esei hari sebelumnya .Selebihnya tidak menyiapkan tugasan yang diberi..Semua esei yang dhantar telah disemak dan dibuat penambahbaikan untuk panduan bersama Pelajar yang dah siap, boleh mula mengarang esei baru manakala yang belum siap, perlu menyambung tugasan terdahulu.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
28/9/18 (Jumaat)
Kelas/Bilangan Pelajar
6S1E/ 24 pelajar
6S1B/ 14 pelajar
Masa
7.00-8.00
Tajuk
ULANGKAJI:
·         LATIHAN MENULIS  ESEI
Objektif
1.      Menghasilkan  esei yang mengikut format.
Kaedah/Aktiviti
Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
·         Pelajar menghantar esei mereka
·         Guru menyemak dan membuat penambahbaikan hasil kerja  pelajar .
·         Esei disemak dengan pelajar berada di sebelah guru supaya senang guru memberi penerangan terhadap kekuatan dan kelemahan esei tersebut.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.   daya usaha
Konsep/Istilah
Kapal mohor merah
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun 2013-2017.
  4. Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
80% Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi pada hari sebelumnya manakala selebihnya  tidak menyiapkannya. Pelajar yang tidak menyiapkan tugasan diberi peluang untuk menyiapkan esei mereka Semua pelajar yang menyiapkan tugasan, dipanggil ke meja depan, duduk di sebelah guru. Guru memberi komen dan penambahbaikan terhadap jawapan pelajar serta memberi markah secara bertulis.
Bagaimanapun, disebabkan terlalu banyak yang perlu dikomen, masa tidak cukup. Jadi, guru akan memanggil pelajar berkenaan pada hari lain.