Pages

Wednesday, October 21, 2020

2020 Minggu 40 (18-22/10/2020)

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

18/10/2020 (Ahad)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 16 pelajar

Masa

10.20-12.00

Tajuk

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Mula Tema 1: Masyarakat. 

  • Institusi pemerintahan

: Raja 

Objektif

  1. Memerihalkan konsep dan peranan raja di Vietnam dan Thailand (Abad ke-19)

Kaedah/Aktiviti

  1. kuliah
  2. sumbang  saran

KBAT

Menganalisis dan membandingbeza

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Buih/Menerangkan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

Taat setia kepada raja dan negara

Konsep/Istilah

  1. Dinanti Chakri
  2. Dinasti Nguyen
  3. bun rami 

Sumber    rujukan

  1. Teks Sejarah STPM Penggal 3, Pelangi.

Refleksi

100% Pelajar dapat  menjelaskan konsep dan peranan raja di Vietnam dan Thailand (Abad ke-19) serta membuat perbandingan ringkas antara kedua-duanya sekurang-kurangnya dalam 2 aspek utama .


Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

19/10/2020 (Isnin)

Kelas/Bilangan Pelajar

6R5/ 24 pelajar

Masa

9.00-10.20

Tajuk

Tema 4:Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Perhubungan luar (abad ke-20).

  • Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (United Nations)
  • Komanwel (Commonwealth of Nations)
  • North Atlantic Treaty Organisation (NATO).

Objektif

  1. Mencari dan mengumpulkan fakta penting berkenaan latar belakang (tarikh penubuhan, ibu pejabat, bilangan Negara anggota), matlamat dan pencapaian/sumbangan PBB, Komanwel dan NATO
  2. Mengumpulkan data berkenaan  kerjasama negara dalam organisasi antarabangsa selepas  Perang Dunia Kedua terutama yang melibatkan peranan:

·         Soviet Union dan  Amerika Syarikat dalam PBB

·         United Kingdom dan India dalam Komanwel

·         United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam NATO.

Kaedah/Aktiviti

  1. Aktiviti berkumpulan  mencari kata kunci utama pertubuhan ini dari segi latar belakang,matlamat,sumbangan dan pencapaian.
  2. Membuat catatan pada jadual kosong di papan tulis
  3. Setiap kumpulan diberi tajuk/ tugasan berbeza
  4. Membentang dan membuat catatan.

KBAT

Mengumpul dan mengelas

i-Think/Proses Pemikiran

Peta Pokok/Membuat pengelasan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

  1. kerjasama
  2. sedia menerima pendapat yang positif untuk kemajuan bersama.
  3. keberanian

Konsep/Istilah 

  1. Liga Bangsa
  2. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu 
  3. kuasa veto 
  4. Komanwel.
  5. Dasar Apartheid
  6. Negara-negara dominion
  7. Hubungan bilateral
  8. Hubungan multilateral
  9. Dyarchy(pemerintahan dua lapis) 
  10. USSR
  11.  NATO

Sumber rujukan

  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar.
  3. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu
  4. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu-wikipedia
  5. Setiausaha Agung PBB
  6. Komanwel-wikipedia
  7. Dasar Apartheid 
  8. CHOGM
  9. North Atlantic Treaty Organisation (NATO).
  10. Pakatan Warsaw 
  11. Soviet atomic bomb project 

Refleksi

100% Pelajar terlibat mencari bahan berkaitan bersama ahli kumpulan masing-masing. Ada juga yang minta kebenaran untuk google bagi mencari maklumat tambahan. Pembentangan berjalan lancar.Tamat silibus P1.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

19/10/2020 (Isnin)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 16 pelajar

Masa

12.00-1.20

Tajuk

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Tema 1: Masyarakat. 

  • Institusi pemerintahan

:Pembesar

Objektif

  1. Memerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam dan Thailand (Abad ke-19)

Kaedah/Aktiviti

  1. kuliah
  2. sumbang  saran

KBAT

menganalisis

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Buih/Menerangkan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

kerjasama

Konsep/Istilah

  1. Quan
  2. golongan Mandarin
  3. krom
  4. khunnang 

Sumber    rujukan

  1. Sejarah STPM Penggal 3,Pelangi

Refleksi

Objektif PdPc tercapai .100%Pelajar dapat  menjelaskan konsep, hierarki dan peranan pembesar  di Vietnam dan Thailand (Abad ke-19) dan membuat perbandingan ringkas antara keduanya. Pelajar juga dapat menyatakan perbandingan konsep pembesar bagi kedua-dua negara sekurang-kurangnya dari segi golongan yang layak menjadi pembesar.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

20/10/2020 (Selasa)

Kelas/Bilangan Pelajar

6R5/ 24 pelajar

Masa

7.40-9.00

Tajuk

Ulangkaji

·         MEMBINA PENGENALAN ESEI

Objektif

  1. Menghuraikan cara-cara membuat pengenalan esei yang baik.

2.      Menghasilkan pengenalan esei yang ringkas, padat dan tepat.

3.      Membahagikan pengenalan kepada 3 jenis berdasarkan bentuk soalan.

4.      Membina ayat terakhir dalam pengenalan dengan memberi penegasan dan mengaitkan dengan soalan. Contohnya, bagi soalan perbandingan,  sebaik-baiknya ditulis, bagi “aspek tersebut”, jelas ada perbandingan antara “a” dengan “b

Kaedah/Aktiviti

Latihan menulis pengenalan esei berdasarkan 3 jenis/bentuk soalan:

1.      Pengenalan yang menggunakan pendefinisian konsep dan takrifan. Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat feudal di Jepun pada zaman kesyogunan Tokugawa.

2.      Pengenalan yang menghuraikan latar belakang. Contoh Soalan:Bincangkan ciri-ciri masarakat maritim di Jepun..

3.      Pengenalan yang tidak menggunakan takrifan sebagai isi.Hal ini kerana kehendak soalan adalah berfokus kepada konsep 

 

Soalan perbincangan ialah:

1.      Bincangkan sistem pemerintahan Negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18-19M.

2.      Bincangkan kegiatan dan sumbangan masyarakat Belanda terhadap aktiviti agraria pada abad ke-16M.

KBAT

Menganalisis

i-Think/Proses Pemikiran

tiada

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

  1. Semangat ingin maju
  2. Usaha tangga kejayaan

Konsep/Istilah

Masyarakat maritim

Sumber rujukan

  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Modul suskses Sejarah P1 .
  4. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM

Refleksi

100%  Pelajar berusaha menghasilkan pengenalan esei. Guru meronda dari meja ke meja dan membaca pengenalan esei pelajar yang berjaya menyiapkannya lebih awal. Bagaimanapun, hanya 20% yang berjaya menghasilkan pengenalan yang baik. Selebihnya, pelajar masih alpa iaitu terlupa konsep 1H5W dan tidak dapat memberi penegasan yang baik untuk ayat terkhir pengenalan.Justeru, pengenalan esei mereka tidak begitu lengkap misalnya tiada garis masa dan tempat. Pelajar berkenaan berusaha lagi untuk menghasilkan pengenalan esei yang lebih baik.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari  

20/10/2020 (Selasa)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A1/ 21 pelajar

Masa

9 .00-10.20

Tajuk

Tema 4: Pengisian Kemerdekaan. 

Pembinaan Negara Bangsa :Pembangunan ekonomi pada abad ke-20.

  • :(i) Dasar Pembangunan Luar Bandar
  • :(ii) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  • :(iii) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) iaitu Dasar Perindustrian Negara dan  Dasar Pertanian Negara

Objektif

  1. Menganalisis usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi.

Kaedah/Aktiviti

Permainan kad AKU PUNYA

1.      Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.

2.      Setiap  kumpulan diberi KAD bagi satu aspek/tajuk

3.      Mereka diberi masa 5  minit untuk membaca secara pantas maklumat berkenaan tokoh tersebut

4.      Sementara itu guru menyusun maklumat berkenaan tokoh tersebut secara rawak atas meja yang disusun panjang.

5.      Pelajar yang telah habis membaca boleh mula mencari padanan maklumat tentang tokoh kumpulan mereka. Mereka boleh merujuk buku untuk memastikan mereka tidak tersalah ambil kad kumpulan lain.

6.      Kumpulan yang tersalah ambil kad perlu segera kembalikan ke meja maklumat

7.      Kumpulan yang tersalah ambil kad dan tidak memulangkannya akan didenda oleh kumpulan pemilik kad “AKU PUNYA”

8.      Kad yang telah diambil perlu disusun mengikut cerita yang sebenar. Pelajar perlu melengkapkan ayat bagi maklumat yang ada dalam kad tersebut.

  1. Pelajar perlu membaca/membentangkan ayat dalam kad mereka dengan lengkap

KBAT

menganalisis

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Buih/Menerangkan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

kerjasama

Konsep/Istilah

  1. Rancangan Pembangunan Negara Fasa 1 dan 2
  2. Dasar Ekonomi Baru.

Sumber    rujukan

  1. Malaysia Umum: Wikipedia
  2. Sejarah Malaysia
  3. Ace Ahead,Teks STPM Sejarah Malaysia,Oxford Fajar.  
  4. Teks Sejarah STPM Penggal 3, Pelangi.  

Refleksi

Aktiviti PdPc berjalan lancar dengan penglibatan aktif semua pelajar.Suasana kelas agak bising tetapi terkawal kerana pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan kad kumpulan masing-masing.Bagi yang tersalah ambil kad, mereka juga berlari ke meja maklumat bagi mengelakkan daripada didenda. Pembentangan berjlan lancar.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

20/10/2020 (Selasa)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 16 pelajar

Masa

12.00-1.20

Tajuk

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Tema 1: Masyarakat. 

  • Sistem sosial.

Objektif

  1. Menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat di Vietnam dan Indonesia (Abad ke-19)

Kaedah/Aktiviti

  1. kuliah
  2. sumbang  saran

KBAT

menganalisis

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Buih/Menerangkan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

kerjasama

Konsep/Istilah

  1. komun
  2. hierarki 

Sumber    rujukan

  1. Sejarah STPM Penggal 3,Pelangi

Refleksi

100% pelajar dapat menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat di Vietnam dan Indonesia (Abad ke-19) dan membuat perbandingan umum antara keduanya sekurang-kurangnyanya dengan memberi perbandingan ringkas dari segi jawatan dan hierarki..

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

21/10/2020 (Rabu)

Kelas/Bilangan Pelajar

6R5/ 24 pelajar

Masa

7.40-9.00

Tajuk

Ulangkaji

·         MEMBINA PENGENALAN ESEI (SAMBUNGAN)

Objektif

1.      Menghuraikan cara-cara membuat pengenalan esei yang baik.

2.      Menghasilkan pengenalan esei yang ringkas, padat dan tepat.

3.      Membahagikan pengenalan kepada 3 jenis berdasarkan bentuk soalan.

4.      Membina ayat terakhir dalam pengenalan dengan memberi penegasan dan mengaitkan dengan soalan. Contohnya, bagi soalan perbandingan,  sebaik-baiknya ditulis, bagi “aspek tersebut”, jelas ada perbandingan antara “a” dengan “b

Kaedah/Aktiviti

Latihan menulis pengenalan esei .

KBAT

Menganalisis

i-Think/Proses Pemikiran

tiada

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

1.      Semangat ingin maju

2.      Usaha tangga kejayaan

Konsep/Istilah

kegitan dan sumbangan aktiviti agraria.

Sumber rujukan

Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM

Refleksi

100%  Pelajar berusaha menghasilkan pengenalan esei. Pelajar yang beraya menyiapkan pengenalan lebih awal diminta membaca pengenalan tersebut untuk perhatian rakan yang lain. Pengenalan yang baik dijadikan contoh manakala yang kurang baik dibuat penambahbaikan bersama guru dan pelajar lain .Terdapat peningkatan kemahran yang ketara dalam menghasilkan pengenalan dan penegasan pengenalan esei. Pelajar juga berusaha lagi untuk menghasilkan pengenalan esei yang lebih baik.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

21/10/2020 (Rabu)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A1/ 21 pelajar

Masa

9 .00-10.20

Tajuk

Tema 4: Pengisian Kemerdekaan. 

  • Pembinaan Negara Bangsa :pada abad ke-20

: Sumbangan Tokoh.

Objektif

  1. Menilai sumbangan tokoh iaitu:

·         Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

·         Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein,

·         Tun Hussein bin Onn

·         Tun Dr Mahathir bin Mohamad. 

Kaedah/Aktiviti

  1. Pembentangan  kumpulan
  2. Sesi soal-jawab
  3. Rumusan pembentangan.

KBAT

menganalisis

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Buih/Menerangkan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

kerjasama

Konsep/Istilah

  1. Dasar Pandang ke Timur.

Sumber    rujukan

  1. Malaysia Umum: Wikipedia
  2. Sejarah Malaysia
  3. Ace Ahead,Teks STPM Sejarah Malaysia,Oxford Fajar.  
  4. Teks Sejarah STPM Penggal 3, Pelangi.

Refleksi

Pembentangan berjalan lancar. Pelajar dapat menjelaskan sumbangan setiap tokoh terlibat.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

21/10/2020 (Rabu)

Kelas/Bilangan Pelajar

6A5/ 16 pelajar

Masa

12.00-1.20

Tajuk

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Tema 1: Masyarakat. 

  • Sistem ekonomi.

Objektif

  1. Menjelaskan  ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi komersial di Vietnam dan Indonesia (Abad ke-19).

Kaedah/Aktiviti

  1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat perbincangan tajuk berbeza yang telah diagihkan.
  2. Pembentangan dan sumbang  saran

KBAT

Membanding beza

 i-Think/Proses Pemikiran 

Peta Pokok/Membuat pengelasan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

Kerjasama

Konsep/Istilah

  1. Dwiekonomi

Sumber    rujukan

  1. Sejarah STPM Penggal 3,Pelangi

Refleksi

Pembentangan berjalan lancar dalam tempoh masa yang ditetapkan kerana satu kumpulan hanya membentang satu aspek.100% Pelajar dapat  menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi komersial di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19.

 

Mata pelajaran

Sejarah

Tarikh/Hari

22/10/2020 (Khamis)

Kelas/Bilangan Pelajar

6R5/ 24 pelajar

Masa

12.00-1.20

Tajuk

  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI.

Objektif

       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan isi esei 

Kaedah/Aktiviti

Latihan menghuraikan isi esei berdasarkan panduan berikut:

1.      Jika soalan tanya langkah-langkah, isi esei mesti ada kata kerja “me..”

2.      Menggunakan kata kunci yang diguna dalam soalan. Jangan ubah/guna perkataan lain walaupun sama maksudnya.

3.      Ayat pertama setiap perenggan perlu dinyatakan mengikut urutan iaitu Isi, Huraian dan Contoh.

4.      Bagi soalan Sejauhmanakah, sila guna perkataan Walaubagaimanapun untuk isi seterusnya.

5.      Penegasan pada akhir ayat.:Pada akhir ayat bagi setiap perenggan isi, perlu ada Penegasan iaitu taakulan/nilai fakta bagi setiap isi. Contohnya..Soalan berkenaan struktur masyarakat feudal di Jepun.

6.      Isi: Maharaja sebagai ketua negara

7.      Huraian: Maharaja memerintah pada teori/simbol

8.      Contoh: rakyat hanya berjumpa  Shogun jika ada urusan.

9.      Penegasan: Maharaja  berada pada lapisan tertinggi dalam struktur masyarakat.

 

Soalan perbincangan ialah:

1.      Bincangkan sistem pemerintahan Negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18-19M.

KBAT

Menganalisis

i-Think/Proses Pemikiran

Peta Pokok/Membuat pengelasan

Nilai/Unsur  patriotisme/

Kemahiran insaniah

1.      kerjasama.

 

Konsep/Istilah

1.      feudal

Sumber rujukan

  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun 2013-2018.
  4. Soalan percubaan tahun-tahun lepas.

Refleksi

100% Pelajar berjaya menghasilkan 2 isi dan penegasan isi esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Guru memantau dan membuat penambahbaikana melalui rondaan dan perbincangan bersama guru dalam kelas. Isi seterusnya perlu disiapkan di rumah untuk perbincangan pada hari berikutnya.


1 comment:

  1. Poker Bonuses & Promotions: Best Sites for Playing Baccarat
    Poker sites can 인카지노 offer different promotions on various games like If you 바카라 can't 1xbet find the best online casino sites that offer Baccarat, that's because they are a lot cheaper.

    ReplyDelete