Pages

Wednesday, September 20, 2017

2017 Minggu 38 (18-22/9/17)



Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh
18/9/17 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK4/ 25 pelajar
6AK5/ 19 pelajar
Masa
7.00-8.00
Tajuk
BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA
Tema 4: Pengisian Kemerdekaan 
  • Perhubungan luar
  • :Penglibatan dalam organisasi antarabangsa
Objektif
  1. Membincangkan penglibatan negara dalam organisasi antarabangsa di Filipina dan Thailand  (Abad ke-20).
Kaedah/Aktiviti
  1. kuliah
  2. sumbang  saran
  3. membuat catatan peta minda
KBAT
menganalisis
 i-Think/Proses Pemikiran 
Peta Buih/Menerangkan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
kerjasama
Konsep/Istilah
  1. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations)
  2. South East Asia Treaty Organisation (SEATO)
  3. Association of South East Asian Nations (ASEAN)
Sumber    rujukan
  1. Sejarah Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur,Fajar Bakti.
  2. Sejarah Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur,Pustaka Sarjana. 
  3. Sejarah Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur,Ace Ahead.
  4. Teks Pra U Sejarah STPM,Longman.
  5. Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
Refleksi
100% Pelajar dapat menjelaskan  penglibatan negara Filipina dan Thailand dalam organisasi antarabangsa pada abad ke-20, sekurang-kurangnya dengan mengemukakan 2 aspek/isu . Tamat silibus tingkatan   6 Atas/Penggal 3. .

                                                                                                    

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh
18/9/17 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6RK5/ 25 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
  1. Ulangkaji
  • Perbincangan contoh soalan dan jawapan bagi Tema 1..
Objektif
  1. Menganalisis tajuk penting bagi  Tema 1 .
  2. Merujuk jadual analisis soalan dan membuat perbandingan akan kepentingan sesuatu tajuk dalam Tema 1.  .
Kaedah/Aktiviti
        1.      Kuliah dan sumbang saran.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
  1. Semangat ingin maju
  2. Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
  1. Masyarakat industri
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Modul suskses Sejarah P1 dari Pulau Pinang dan Kedah.
Refleksi
Pelajar membuat catatan fakta penting.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
1/8/17(Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK4/ 25 pelajar
6AK5/ 19 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
Ulangkaji
  • Bahagia A: Sejarah Malaysia.
Objektif
        1.      Menganalisis tajuk penting bagi  Bahagian A
        2.      Merujuk jadual analisis soalan dan membuat perbandingan akan kepentingan sesuatu tajuk dalam Bahagian A
Kaedah/Aktiviti
       1.      Penegasan sekali lagi tentang langkah-langkah menghasilkan esei yang baik iaitu dengan yang sama seperti semasa mereka berada dalam Penggal 1 dan 2.
       2.      Menghasilkan esei berpandukan soalan berikut:
·         Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah telah mendatangkan kesan yang positi terhadap kemajuan ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19 hingga abad ke-20. Jelaskan.
      3.      Penerangan tentang perbezaan teknik menjawab sekiranya ayat terakhir dalam soalan berubah daripada perkataan Jelaskan kepada Bincangkan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
       1.      Semangat ingin maju
       2.      Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
      1.      Jelaskan
      2.      Perkataan Bincangkan yang berada di belakang ayat
Sumber rujukan
    
1   Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
2.   Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014.
3.  Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMK Serian pada 2016 dan 2017 oleh Ust Rosli Sulaiman.
4.  Soalan Percubaan Kedah 2017.
Refleksi
Semua pelajar berusaha menghasilkan pengenalan esei. Guru bergerak dari meja ke meja memantau kerja pelajar. Pelajar yang berjaya menyiapkan pengenalan yang baik telah dibacakan oleh guru untuk makluman/panduan rakan pelajar yang lain. Bagi yang kurang baik guru membuat penambahbaikan. Hanya segelintir yang berjaya menyiapkan isi esei. Guru meminta mereka menyambungnya di rumah dan membawanya keesokan hari.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
19/9/17(Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6RK5/ 25 pelajar
Masa
7.00-8.00
Tajuk
Ulangkaji
·         MEMBINA PENGENALAN ESEI
Objektif
  1. Menghuraikan cara-cara membuat pengenalan esei yang baik.
            2.      Menghasilkan pengenalan esei yang ringkas, padat dan tepat.
            3.      Membahagikan pengenalan kepada 3 jenis berdasarkan bentuk soalan.
           4.      Membina ayat terakhir dalam pengenalan dengan memberi penegasan dan mengaitkan dengan soalan. Contohnya, bagi soalan perbandingan,  sebaik-baiknya ditulis, bagi “aspek tersebut”, jelas ada perbandingan antara “a” dengan “b
Kaedah/Aktiviti
Latihan menulis pengenalan esei berdasarkan 3 jenis/bentuk soalan:
        1.      Pengenalan yang menggunakan pendefinisian konsep dan takrifan. Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat feudal di Jepun pada zaman kesyogunan Tokugawa.
       2.      Pengenalan yang menghuraikan latar belakang. Contoh Soalan:Bincangkan ciri-ciri masarakat maritime di Jepun..
       3.      Pengenalan yang tidak menggunakan takrifan sebagai isi.Hal ini kerana kehendak soalan adalah berfokus kepada konsep 
      4.      Latihan membuat pengenalan esei berpandukan soalan berikut: 
  • Bincangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
  1. Semangat ingin maju
  2. Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
Masyarakat agraria.
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Modul suskses Sejarah P1 dari Pulau Pinang dan Kedah.
  4. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014.
  5. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMK Serian pada 2016 dan 2017 oleh Ust Rosli Sulaiman.
Refleksi
100%  Pelajar berusaha menghasilkan pengenalan esei. Guru meronda dari meja ke meja dan membaca pengenalan esei pelajar yang berjaya menyiapkannya lebih awal. Bagaimanapun, hanya 30% yang berjaya menghasilkan pengenalan yang baik. Selebihnya, pelajar masih alpa iaitu terlupa konsep 1H5W .Justeru, jadilah pengenalan esei yang tidak lengkap misalnya tiada garis masa dan tempat. Pelajar berkenaan berusaha menghasilkan pengenalan esei yang lebih baik.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
13/9/17(Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK4/ 25 pelajar
6AK5/ 19 pelajar
Masa
11.15-12.45
Tajuk
Ulangkaji
  • Bahagia A: Sejarah Malaysia.
Objektif
       1.      Menghasilkan esei yang baik mengikut format yang tepat.
Kaedah/Aktiviti
       1.      Perbincangan dan penambahbaikan jawapan esei pelajar (sambungan tugasan bagi hari sebelumnya.)
        2.      Menghasilkan esei berpandukan soalan berikut:
·         Pembesar merupakan golongan yang memonopoli kuasa politik ekonomi dan sosial dalam masyarakat melayu tradisional sebelum campur tangan British. Bincangkan.
3.  Rangka jawapan diberi kepada pelajar melalui group Whatsapp    kelas)
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Semangat ingin maju
2.      Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
Kesan positif
Sumber rujukan
     
1   Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
2.   Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014.
3.  Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMK Serian pada 2016 dan 2017 oleh Ust Rosli Sulaiman.
4.  Soalan Percubaan Kedah 2017.
Refleksi
80% pelajar berjaya menghasilkan esei hari sebelumnya .Selebihnya tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Guru meminta mereka menyambungnya lagi di rumah dan membawanya keesokan hari.Semua esei telah disemak dan dibuat penambahbaikan untuk panduan bersama.Bagi esei yang baru diberi hari ini perlu dihantar esok.  

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
20/9/17(Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6RK5/ 25 pelajar
Masa
2.00-3.30
Tajuk
  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI.
Objektif
       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan isi esei 
Kaedah/Aktiviti  
Latihan menghuraikan isi esei berdasarkan panduan berikut:
        1.      Jika soalan tanya langkah-langkah, isi esei mesti ada kata kerja “me..”
        2.      Menggunakan kata kunci yang diguna dalam soalan. Jangan ubah/guna perkataan lain walaupun sama maksudnya.
        3.      Ayat pertama setiap perenggan perlu dinyatakan mengikut urutan iaitu Isi, Huraian dan Contoh.
        4.      Penegasan pada akhir ayat:Pada akhir ayat bagi setiap perenggan isi, perlu ada Penegasan iaitu taakulan/nilai fakta bagi setiap isi. Contohnya..Soalan berkenaan struktur masyarakat feudal di Jepun.
        ·         Isi: Maharaja sebagai ketua negara
        ·         Huraian: Maharaja memerintah pada teori/simbol
        ·         Contoh: rakyat hanya berjumpa  Shogun jika ada urusan.
        ·         Penegasan: Maharaja  berada pada lapisan tertinggi dalam struktur masyarakat.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
       1.      kerjasama.
 
Konsep/Istilah
1.      Shogun
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Modul suskses Sejarah P1 dari Pulau Pinang dan Kedah.
  4. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014
  5. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMK Serian pada 2016 dan 2017 oleh Ust Rosli Sulaiman.
Refleksi
30% Pelajar berjaya menghasilkan isi esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya perlu menyambung tugasan di rumah dan membawanya keesokan hari untuk disemak dan dibincang bersama rakan sekelas.



Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
14/9/17(Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK4/ 25 pelajar
6AK5/ 19 pelajar
Masa
7.30-8.30
Tajuk
Ulangkaji
  • Bahagia A: Sejarah Malaysia.
Objektif
Menghasilkan esei yang baik mengikut format yang tepat.
Kaedah/Aktiviti
1.      Perbincangan dan penambahbaikan jawapan esei pelajar (sambungan tugasan bagi hari sebelumnya.)
2.      Menghasilkan esei berpandukan soalan berikut:
·         Huraikan ciri-ciri Malayan Union. Pada pendapat andakenapa rancangan Malayan Union ini gagal.
3.  Rangka jawapan diberi kepada pelajar melalui group Whatsapp    kelas)
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Semangat ingin maju
2.      Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
Kesan positif
Sumber rujukan
     
1   Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
2.   Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014.
3.  Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMK Serian pada 2016 dan 2017 oleh Ust Rosli Sulaiman.
4.  Soalan Percubaan Kedah 2017.
Refleksi
90% pelajar berjaya menghasilkan esei hari sebelumnya .Selebihnya tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Guru meminta mereka menyambungnya lagi di rumah dan membawanya pada hari berikutnya .Semua esei telah disemak dan dibuat penambahbaikan umtuk panduan bersama.Bagi esei yang baru diberi hari ini perlu dihantar pad minggu depan..  

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
21/9/17(Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6RK5/ 25 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
ULANGKAJI:
·         MEMBINA ISI  ESEI (SAMBUNGAN).
  • MEMBINA KESIMPULAN  ESEI.
Objektif
1.      Menghasilkan isi esei yang jelas dan tepat mengikut format.
2.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan kesimpulan esei.   
Kaedah/Aktiviti
 Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
1.      Pelajar menghantar esei mereka
2.      Guru membaca isi esei dan membuat pembetulan spontan untuk makluman pelajar lain.
Latihan menghuraikan kesimpulan esei berdasarkan panduan berikut:
          1.      Sebaik-baiknya gunakan perkataan kesimpulan sahaja. Jika menggunakan perkataan lain,biarlah jelas maksudnya.
          2.      Gunakan lebih daripada satu ayat.
          3.      Jangan senaraikan/ulang semula isi
          4.      Masukkan unsur futuristik (apa yang berlaku selepas itu).Contoh: …perkembangan ekonomi masyarakat agraria Belanda membolehkan mereka muncul sebagai salah sebuah kuasa penjajah yang kuat ada abad ke-19.
         5.      Pembeza ayat pertama dan kedua dipisahkan oleh perkataan “Namun begitu” dll yang sesuai.
         6.      Beri pendapat yang dikaitkan dengan fakta,tetapi hendaklah selaras dengan kehendak soalan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
Konsep/Istilah
1.      Hortikultur
2.      Unsur futuristik
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Modul suskses Sejarah P1 dari Pulau Pinang dan Kedah.
  4. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014
  5. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMK Serian pada 2016 dan 2017 oleh Ust Rosli Sulaiman.
Refleksi
80% Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi pada hari sebelumnya manakala selebihnya  tidak menyiapkannya. Pelajar yang tidak menyiapkan tugasan diberi peluang sekali lagi untuk menyiapkan esei mereka di rumah.Semua pelajar yang menyiapkan tugasan, diberi peluang membacakan jawapan mereka. Guru memberi komen dan penambahbaikan terhadap jawapan pelajar. Pelajar yang tidak memberi perhatian diminta menyebut semula sekurang-kurangnya satu isi yang telah disampaikan oleh rakan mereka yang membentangkan jawapan.
Pelajar juga membuat catatan fakta penting berdasarkan jawapan rakan dan komen guru.
Bagi bahagian kesimpulan pula, 100% Pelajar berjaya menghasilkan kesimpulan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ada pelajar yang berjaya menghasilkan kesimpulan esei dengan baik dan ada juga yang sederhana.Semua pelajar diminta menghantar esei mereka untuk diberi komen dan markah secara bertulis oleh guru.


Tarikh
22/9/17 (Jumaat)
Catatan
Cuti Umum: Awal Muharram.

No comments:

Post a Comment