Pages

Friday, April 20, 2018

2018 Minggu 16 (16-20/4/18)


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
16/4/18 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK5/ 24 pelajar
Masa
8.30-9.30
Catatan
Ujian Diagnostik:

Pengajian  Am  2

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
16/4/18 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK5/ 24 pelajar
Masa
1.20-2.50
Tajuk
SEJARAH KERTAS 4:KERJA KURSUS
  • Pembentangan
Objektif
  1. Menjelaskan dapatan hasil kajian.
  2. Menilai keaslian hasil kajian
Kaedah/Aktiviti
  1.  Pelajar membuat pembentangan menggunakan slide power point
KBAT
Menganalisis/ Membuat keputusan
 i-Think/Proses Pemikiran 
Peta Buih/Menerangkan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
  1. Kerjasama
  2. Kerajinan
Konsep/Istilah
  1. Dapatan hasil kajian
Sumber rujukan
  1. Sukatan  Pelajaran Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia.
  2. Hasil kajian pelajar
Refleksi
Pembentangan berjalan  lancar .Keseluruhannya, ada pelajar yang membentang dengan baik dan ada yang kurang memuaskan. Pembentangan akan disambung pada minggu  berikutnya.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
17/4/18 (Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK5/ 24 pelajar
Masa
7.30-8.30
Catatan
Ujian Diagnostik:

MUET Reading

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
18/4/18 (Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
 6AK5/ 24 pelajar
Masa
11.15-12.45
Catatan
Ujian Diagnostik:

Sejarah  2

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
19/4/18 (Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
 6AK5/ 24 pelajar
Masa
8.30-9.30
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI.
Objektif
       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan isi esei 
Kaedah/Aktiviti
Latihan menghuraikan isi esei berdasarkan panduan berikut:
1.      Jika soalan tanya langkah-langkah, isi esei mesti ada kata kerja “me..”Cth soalan: Huraikan langkah-langkah mengatasi ancaman golongan Al-Riddah..antara kata kerja yang boleh diguna dalam jawapan misalnya memerangi, membanteras dll.
2.      Menggunakan kata kunci yang diguna dalam soalan. Jangan ubah/guna perkataan lain walaupun sama maksudnya.
3.      Ayat pertama setiap perenggan perlu dinyatakan mengikut urutan iaitu Isi, Huraian dan Contoh.
4.      Penegasan pada akhir ayat:Pada akhir ayat bagi setiap perenggan isi, perlu ada Penegasan iaitu taakulan/nilai fakta bagi setiap isi. Contohnya..Soalan berkenaan sumbangan Salehuddin Al-Ayyubi:.
·         Isi: Perkenalkan teknologi peperangan
·         Huraian: Mencipta senjata moden
·         Contoh: Meriam
·         Sumbangan: Dapat menawan Kota Baitul Maqdis
·         Penegasan: Apa kepentingan Kota Baitul Maqdis.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
        3.   Rela berkorban
Konsep/Istilah
1.      Golongan Al-Riddah
Sumber rujukan
  1. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014.
  2. Soalan Percubaan Kelantan 2015.
Refleksi
40% Pelajar berjaya menghasilkan isi esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya berjaya menyiapkan melebihi tempoh masa yang guru tetapkan.
Walaubagaimanapun keseluruhannya pelajar berjaya menyiapkan isi esei mengikut kehendak soalan yang dikemukakan sekurang-kurangnya dengan mengembangkan 2 isi.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
20/4/18(Jumaat)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK5/ 24 pelajar
Masa
10.45-11.45
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI (SAMBUNGAN).
Objektif
       1.      Menghasilkan isi esei yang jelas dan tepat mengikut format. 
Kaedah/Aktiviti
Latihan mengarang esei  (Tugasan diberi awal sehari sebelum):
·         Bincangkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliyah selepas kedatangan Islam.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
Konsep/Istilah
1.      jahala
Sumber rujukan
  1. .Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014.
  2. Soalan Percubaan Kelantan 2015.
Refleksi
60% Pelajar  membuat tugasan/kerja rumah . Semua pelajar yang menyiapkan tugasan, diberi peluang membacakan jawapan mereka Pelajar lain juga diminta memberi perhatian dan memberi komen terhadap jawapan rakan mereka terutama dari segi penegasan ayat untuk setiap isi.
Secara keseluruhannya pelajar masih belum begitu serius mengarang latihan esei.
Guru memberi komen dan penambahbaikan terhadap jawapan pelajar. Pelajar yang tidak memberi perhatian diminta menyebut semula sekurang-kurangnya satu isi yang telah disampaikan oleh rakan mereka yang membentangkan jawapan.
Pelajar juga membuat catatan fakta penting berdasarkan jawapan rakan dan komen guru.


No comments:

Post a Comment