Pages

Thursday, October 17, 2019

2019 Minggu 42 (13-17/10/19)



Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
13/10/19 (Ahad)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
10.40-12.00
Tajuk
ULANGKAJI:
1.      MEMBINA ISI  ESEI (SAMBUNGAN).
  • MEMBINA KESIMPULAN  ESEI.
Objektif
1.      Menghasilkan isi esei yang jelas dan tepat mengikut format.
2.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan kesimpulan esei.   
Kaedah/Aktiviti
 Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
1.      Pelajar menghantar esei mereka
2.      Guru membaca isi esei dan membuat pembetulan spontan untuk makluman pelajar lain.
3.      Guru menyemak dan membuat penambahbaikan hasil kerja pelajar.
Latihan menghuraikan kesimpulan esei berdasarkan panduan berikut:
1.      Sebaik-baiknya gunakan perkataan kesimpulan sahaja. Jika
menggunakan perkataan lain,biarlah jelas maksudnya.
2.      Gunakan lebih daripada satu ayat.
3.      Jangan senaraikan/ulang semula isi
4.      Masukkan unsur futuristik (apa yang berlaku selepas itu).Contoh: …Jelaskan peranan pembesar di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan kuasa Barat pada tahun 1874.
5.      Pembeza ayat pertama dan kedua dipisahkan oleh perkataan “Namun begitu” dll yang sesuai.
6.      Beri pendapat yang dikaitkan dengan fakta,tetapi hendaklah selaras dengan kehendak soalan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
Konsep/Istilah
1.      Kawasan pegangan
2.      Surat tauliah
Sumber rujukan
1.      Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
  1. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
  2. Analisis Soalan Topik tumpuan 2018
  3. Soalan percubaan dari Semenanjung dan soalan tahun-tahun lepas.
Refleksi
Hanya 30% Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi pada hari sebelumnya, yang merangkumi isi lengkap manakala selebihnya  tidak menyiapkannya. Terdapat banyak kelemahan yang perlu ditambah baik misalnya esei tiada penegasan isi.
Bagi pelajar yang telah menyiapkan keseluruhan isi esei, mereka berlatih membuat bahagian kesimpulan pula, manakala pelajar lain masih  menyambung proses mengarang isi esei.Bagi pelajar yang membina kesimpulan esei, sebahagian besar daripada mereka berjaya menghasilkan kesimpulan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. .


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
14/10/19 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
9.00-10.20
Tajuk
Ulangkaji
  • Bahagian A: Sejarah Malaysia.
Objektif
Menghasilkan esei yang baik mengikut format yang tepat.
Kaedah/Aktiviti
1.      Perbincangan dan penambahbaikan jawapan esei pelajar (sambungan tugasan bagi hari sebelumnya.)
2.      Menghasilkan esei berpandukan soalan berikut:
·         Huraikan peranan undang-undang Hukum Adat dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.
 3.  Rangka jawapan diberi kepada pelajar melalui group Whatsapp    kelas)
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
tiada
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Semangat ingin maju
2.      Usaha tangga kejayaan
Konsep/Istilah
Kesan positif
Sumber rujukan
1.      Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
  1. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
  2. Analisis Soalan Topik tumpuan
4.      Soalan percubaan tahun-tahun lepas.
Refleksi
90% pelajar berjaya menyiapkan esei hari sebelumnya .Selebihnya tidak menyiapkan tugasan yang diberi..Semua esei yang dhantar telah disemak dan dibuat penambahbaikan untuk panduan bersama Pelajar yang dah siap, boleh mula mengarang esei baru manakala yang belum siap, perlu menyambung tugasan terdahulu.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
14/10/19 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6R1/ 23 pelajar
6R5/ 18 pelajar
Masa
12.00-1.20
1.20-2.40
Tajuk
ULANGKAJI:
LATIHAN MENULIS  ESEI
Objektif
1.      Menghasilkan  esei yang jelas dan tepat mengikut format.
Kaedah/Aktiviti
1.      Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
2.      Latihan menulis esei berpandukan soalan yang terdapat dalam topik tumpuan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
Kegigihan/daya usaha
Konsep/Istilah
Middle Kingdom.
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun-tahun lepas
  4. Soalan percubaan tahun-tahun lepas
Refleksi
Hanya 20% pelajar menghantar esei hari sebelumnya untuk disemak dan ditambah baik bersama guru. Pelajar lain menyambung tugasan dalam kelas. Pelajar yang sudah menghantar latihan terdahulu, memulakan tugasan baru sambil menunggu giliran untuk guru memanggil  nama mereka bagi menyemak dan  membuat penambahbaikan esei mereka bersama-sama..


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
15/10/19 (Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
7.40-9.00
Tajuk
ULANGKAJI:
LATIHAN MENULIS  ESEI
Objektif
1.      Menghasilkan  esei yang jelas dan tepat mengikut format.
Kaedah/Aktiviti
1.      Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
2.      Latihan menulis esei berpandukan soalan yang terdapat dalam topik tumpuan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.       Kegigihan/daya usaha
2.       kerjasama
Konsep/Istilah
Badan Penapis (Do Sat Vien)
Sumber rujukan
1.      Sejarah Asia Tenggara,Penggal 3,Pelangi 
  1. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
  2. Analisis Soalan Topik tumpuan
  3. Soalan percubaan tahun-tahun lepas.
Refleksi
40% pelajar menghantar esei hari sebelumnya untuk disemak dan ditambah baik bersama guru. Pelajar lain menyambung tugasan dalam kelas. Pelajar yang dah siap memulakan tugasan baru sambil menunggu giliran untuk guru menyemak dan membuat penambahbaikan bersama pelajar.



Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
15/10/19 (Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6R5/ 18 pelajar
Masa
10.40-12.00
Tajuk
ULANGKAJI:
LATIHAN MENULIS  ESEI
Objektif
1.      Menghasilkan  esei yang mengikut format.
Kaedah/Aktiviti
Membuat semakan terhadap kerja rumah pada hari sebelumnya.
1.      Pelajar menghantar esei mereka
2.      Guru menyemak dan membuat penambahbaikan hasil kerja  pelajar .
3.      Esei disemak dengan pelajar berada di sebelah guru supaya senang guru memberi penerangan terhadap kekuatan dan kelemahan esei tersebut.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
Daya usaha
Konsep/Istilah
Kapal mohor merah
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 1,Oxford Fajar. 
  3. Analisis soalan tahun –tahun lepas
  4. Soalan percubaan tahun-tahun lepas.
Refleksi
80% Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi pada hari sebelumnya manakala selebihnya  tidak menyiapkannya. Pelajar yang tidak menyiapkan tugasan diberi peluang untuk menyiapkan esei mereka Semua pelajar yang menyiapkan tugasan, dipanggil ke meja depan, duduk di sebelah guru. Guru memberi komen dan penambahbaikan terhadap jawapan pelajar serta memberi markah secara bertulis.



Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
16/10/19 (Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6R1/ 23 pelajar
Masa
1.20-2.40
Catatan
Peperiksaan Percubaan Penggal 1, kali ke-dua:

Sejarah
Refleksi
Pelajar menjawab peperiksaan kali ke-dua sebagai persediaan yang lebih mantap dalam menghadapi peperiksaan sebenar..


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
16/10/19 (Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6R5/ 18 pelajar
Masa
7.40-9.00
Tajuk
Ulangkaji
Objektif
Menyatakan maklumat penting bagi tajuk yang telah dipelajari.
Kaedah/Aktiviti
1.       Kuiz berkumpulan
·         Setiap kumpulan telah menyediakan soalan masing-masing.
·         Kumpulan pertama akan menyoal kumpulan kedua dan seterusnya hingga habis pusingan pertama.
·         Seterusnya kumpulan 2 akan menyoal kumpulan pertama dan kumpulan-kumpulan lain hingga habis pusingan kedua.Begitulah seterusnya hingga habis semua kumpulan
·         Bermakna setiap kumpulan berpeluang untuk menyoal dan disoal.
KBAT
menganalisis
i-Think/Proses   Pemikiran
Hubungan seluruh bahagian
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.       Kerjasama
2.      Ketelitian dalam menentukan fakta
Konsep/Istilah
1.       Duma
2.      Commune
Refleksi
Semua kumpuan  bersedia dengan soalan dan jawapan masing-masing. Pengendalian kuiz berjalan lancar. Suasana PdPc sangat ceria dengan penglibatan aktif setiap kumpulan. 100% pelajar memberi kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Hanya 2 kumpulan berpeluang menyoal kerana kesuntukan masa.
Aktiviti pdpc akan disambung pada hari seterusnya.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
17/10/19 (Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
11.20-12.40
Tajuk
Ulangkaji
Objektif
Menyatakan maklumat penting bagi tajuk yang telah dipelajari.
Kaedah/Aktiviti
1.      Kuiz berkumpulan
·         Setiap kumpulan telah menyediakan soalan dan jawapan masing-masing.
·         Kumpulan pertama akan menyoal kumpulan kedua dan seterusnya hingga habis pusingan pertama .
·         Seterusnya kumpulan 2 akan menyoal kumpulan pertama dan kumpulan-kumpulan lain hingga habis pusingan kedua.Begitulah seterusnya hingga habis semua kumpulan (6 kumpulan)..
·         Bermakna setiap kumpulan berpeluang untuk menyoal dan disoal.
KBAT
menganalisis
i -Think/Proses   Pemikiran
 Hubungan seluruh bahagian
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.      Kerjasama
2.       Ketelitian dalam menentukan fakta
Konsep/Istilah
1.      Hukum adat
Refleksi
Semua kumpuan  bersedia dengan soalan dan jawapan masing-masing.. Suasana PdPc sangat ceria dengan penglibatan aktif setiap kumpulan. 100% pelajar memberi kerjasama dalam aktiviti berkumpulan.
Pengendalian kuiz berjalan lancar. Bagaimanapun, tidak semua kumpulan berpeluang menyoal kerana kesuntukan masa. Hanya 2 kumpulan berpeluang menyoal.
Aktiviti pdpc akan disambung pada hari berikutnya

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
17/10/19 (Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6R5/ 18 pelajar
Masa
8.20-9.40
Tajuk
Ulangkaji
Objektif
Menyatakan maklumat penting bagi tajuk yang telah dipelajari.
Kaedah/Aktiviti
1.       Kuiz berkumpulan (sambungan)
·         Setiap kumpulan telah menyediakan soalan masing-masing.
·         kumpulan 3 dan 4 akan menyoal kumpulan pertama dan kumpulan-kumpulan lain hingga habis pusingan.Begitulah seterusnya hingga habis semua kumpulan
KBAT
menganalisis
i-Think/Proses   Pemikiran
Hubungan seluruh bahagian
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
1.       Kerjasama
2.      Ketelitian dalam menentukan fakta
Konsep/Istilah
1.       Zemskii Sabor
Refleksi
Semua kumpulan  bersedia dengan soalan dan jawapan masing-masing. Pengendalian kuiz berjalan lancar.. 100% pelajar memberi reaksi positif dalam aktiviti berkumpulan. Semua kumpulan berpeluang menyoal
dan disoal. Juara setakat ini disandang oleh kumpulan Ros.


No comments:

Post a Comment