Pages

Friday, May 5, 2017

2017 Minggu 18(1-5/5/17)



Tarikh
1 MEI 2017
Catatan
Cuti Umum: Hari Pekerja


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh
2-5/5/17 (Selasa-Jumaat)
Kelas/Bilangan Pelajar
6RK5/ 23 pelajar
Masa
7.00-12.45
Catatan

Minggu Orientasi



Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
2/5/17(Selasa)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK4/ 25 pelajar
6AK5/ 19 pelajar
Masa
9.45-10.45
Tajuk
SEJARAH KERTAS 4:KERJA KURSUS
  • Pembentangan
Objektif
  1. Menjelaskan dapatan hasil kajian.
  2. Menilai keaslian hasil kajian
Kaedah/Aktiviti
  1.  Pelajar membuat pembentangan menggunakan slide power point
KBAT
Menganalisis/ Membuat keputusan
 i-Think/Proses Pemikiran 
Peta Buih/Menerangkan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
  1. Kerjasama
  2. Kerajinan
Konsep/Istilah
  1. Dapatan hasil kajian
Sumber rujukan
  1. Sukatan  Pelajaran Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia.
  2. Hasil kajian pelajar
Refleksi
Pembentangan kurang lancar kerana ada beberapa pelajar yang tidak memberi kerjasama yang baik misalnya masuk lewat dengan alasan menjadi AJK Orientasi,sedangkan guru telah memaklumkan awal supaya masuk ke kelas pada waktu sejarah dan kembali bertugas semula sebagai AJK Orientasi selepas selesai membuat pembentangan. Sebenarnya pelajar berkenaan langsung tidak membuat persediaan seperti tidak menyediakan slide power point dan sebagainya .Keseluruhannya, ada pelajar yang membentang dengan baik dan ada yang kurang memuaskan.Pembentangan akan disambung pada hari berikutnya.




Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
3/5/16(Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK4/ 25 pelajar
6AK5/ 19 pelajar
Masa
10.55-12.40
Tajuk
SEJARAH KERTAS 4:KERJA KURSUS
  • Pembentangan (sambungan)
Objektif
  1. Menjelaskan dapatan hasil kajian.
  2. Menilai keaslian hasil kajian
Kaedah/Aktiviti
       Pelajar membuat pembentangan menggunakan slide power point
KBAT
Menganalisis/ Membuat keputusan
 i-Think/Proses Pemikiran 
Peta Buih/Menerangkan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
  1.          Kegigihan
Konsep/Istilah
Dapatan hasil kajian
Sumber rujukan
  1. Sukatan  Pelajaran Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia.
  2. Hasil kajian pelajar
Refleksi
Pembentangan berjalan lancar dan selesai bagi semua pelajar.Hanya seorang yang tidak menyiapkan slide power point. Pelajar tersebut diminta menyiapkannya kemudian. Terdapat juga pelajar yang kurang yakin semasa menjawab soalan guru kerana banyak bahan eseinya disalin daripada internet tanpa mengetahui kaitannya secara jelas dengan tajuk kajian . Guru meminta pelajar tersebut membuat penambahbaikan bagi eseinya. Pelajar tersebut diminta menyiapkannya kemudian. Semua pelajar hadir.

Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
5/5/17(Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK4/ 25 pelajar
6AK5/ 19 pelajar
Masa
7.30-8.30
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA PENGENALAN ESEI
Objektif
1.      Menghasilkan pengenalan esei yang ringkas, padat dan tepat.
2.      Membahagikan pengenalan kepada 3 jenis berdasarkan bentuk soalan.
3.      Membina ayat terakhir dalam pengenalan dengan memberi penegasan dan mengaitkan dengan soalan. Contohnya, bagi soalan perbandingan,  sebaik-baiknya ditulis, bagi “aspek tersebut”, jelas ada perbandingan antara “a” dengan “b
Kaedah/Aktiviti
Latihan menulis pengenalan esei berdasarkan 3 jenis/bentuk soalan:
  1.           Pengenalan yang menggunakan pendefinisian konsep dan takrifan. Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam. 
  2.       Pengenalan yang menghuraikan latar belakang. Contoh Soalan:Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa Al-Rasyidin. 
  3.            Pengenalan yang tidak menggunakan takrifan sebagai isi.Hal ini kerana kehendak soalan adalah berfokus kepada konsep  Contoh Soalan: Jelaskan konsep ummah yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
      1.      kerjasama.
      2.      Kegigihan/daya usaha
      3.      Rela berkorban
Konsep/Istilah
      1.      Ummah
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Oxford Fajar.  
  3. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Sasbadi 
  4. Sukatan  Pelajaran Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia. 
  5. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014
Refleksi
80% Pelajar berjaya menghasilkan pengenalan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya berjaya menyiapkan melebihi tempoh masa yang guru tetapkan.
Walaubagaimanapun keseluruhannya pelajar Berjaya menyiapkan pengenalan esei mengikut kehendak soalan yang dikemukakan.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
6/5/17(Jumaat)
Kelas/Bilangan Pelajar
6AK4/ 25 pelajar
6AK5/ 19 pelajar
Masa
7.00-8.00
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI.
Objektif
       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan isi esei  
Kaedah/Aktiviti
Latihan menghuraikan isi esei berdasarkan panduan berikut:
  1.            Jika  soalan tanya langkah-langkah, isi esei mesti ada kata kerja “me..”Cth soalan: Huraikan langkah-langkah mengatasi ancaman golongan Al-Riddah..antara kata kerja yang boleh diguna dalam jawapan misalnya memerangi, membanteras dll. 
  2.               Menggunakan kata kunci yang diguna dalam soalan. Jangan ubah/guna perkataan lain walaupun sama maksudnya. 
  3.            Ayat pertama setiap perenggan perlu dinyatakan mengikut urutan iaitu Isi, Huraian dan Contoh. 
  4.           Penegasan pada akhir ayat:Pada akhir ayat bagi setiap perenggan isi, perlu ada Penegasan iaitu taakulan/nilai fakta bagi setiap isi. Contohnya..Soalan berkenaan sumbangan Salehuddin Al-Ayyubi:.
  •            Isi: Perkenalkan teknologi peperangan
  •       Huraian: Mencipta senjata moden 
  •       Contoh: Meriam
  •       Sumbangan: Dapat menawan Kota Baitul Maqdis
  •       Penegasan: Apa kepentingan Kota Baitul Maqdis
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
        3.   Rela berkorban
Konsep/Istilah
1.      Golongan Al-Riddah
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Oxford Fajar.  
  3. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Sasbadi 
  4. Sukatan  Pelajaran Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia.
  5. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014.
  6. Soalan Percubaan Kelantan 2015.
Refleksi
60% Pelajar berjaya menghasilkan isi esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya berjaya menyiapkan melebihi tempoh masa yang guru tetapkan.
Walaubagaimanapun keseluruhannya pelajar berjaya menyiapkan isi esei mengikut kehendak soalan yang dikemukakan.
Sebagai langkah pengukuhan, guru memberi latihan untuk disiapkan di rumah berdasarkan soalan berikut:
Bincangkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliyah selepas kedatangan Islam.
       1.      Setiap pelajar dibahagikan tugas menghuraikan satu isi.
       2.      Tugasan berdasarkan kedudukan dalam kumpulan
       
         ·         Kumpulan 1 :  Agama dan kepercayaan
         ·         Kumpulan 2 :  Akhlak
         ·         Kumpulan 3:   Politik
         ·         Kumpulan 4:   Ekonomi
         ·         Kumpulan 5:   Ilmu Pengetahuan
         ·         Kumpulan 6:   Kesusasteraan
         ·         Kumpulan 7:   Kelas Masyarakat
         ·         Kumpulan 8:  Maruah Wanita
         ·         Kumpulan 9:  Peperangan


1 comment: