Pages

Thursday, April 25, 2019

2019 Minggu 17 (21-25/4/19).



Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
21/4/19 (Ahad)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
9.00-10.20
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
TEMA 3:Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
  • Pembentukan negara bangsa
Objektif
  1. Menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir (abad ke-20)
Kaedah/Aktiviti
  1. Kuliah dan sumbang saran.
  2. Sesi soal-jawab.
Kbkk
  1. Menganalisis
Nilai/Unsur    patriotisme
  1. kerjasama.
  2. kepentingan semangat kerja berpasukan terutama dalam menghadapi ancaman pihak luar.
Konsep/Istilah
  1. Wafd (delegasi)
  2. Fellahin (golongan tentera penduduk asal Mesir)
  3. Khedif (Gabenor)
Sumber rujukan
  1. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Pelangi.
  2. Teks Sejarah STPM Penggal 2,Oxford Fajar.  
  3.  Teks Sejarah STPM Penggal 2,Sasbadi 
  4. Sukatan  Pelajaran Sejarah STPM,Majlis Peperiksaan Malaysia.
Refleksi
100% pelajar dapat menjelaskan  faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir sekurang-kurangnya dengan menyenaraikan 4 faktor.
Tamat silibus Penggal 2.
Proses PdPc dihabiskan lebih awal kerana pada jam 10.00 pagi pelajar terlibat dalam ceramah motivasi.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
21/4/19 (Ahad)** waktu relief
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
12.00-1.20
Tajuk
  • SEJARAH KERTAS 4: Kerja Kursus Penambahbaikan Kerja Kursus
Objektif
Membuat penambahbaikan hasil KK.
Kaedah/Aktiviti
1.      Guru membawa Fail KK Pelajar untuk ditunjuk kesalahan dan penambahbaikan yang perlu dibuat (Pelajar diberi peluang membuat pembetulan KK)
2.      Guru menerangkan satu persatu perkara yang perlu diperbetulkn oleh setiap pelajar
KBAT
Menganalisis/ Membuat keputusan
 i-Think/Proses Pemikiran 
Peta Buih/Menerangkan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
Kerjasama
Konsep/Istilah
Dapatan hasil kajian.
Sumber rujukan
Hasil kajian pelajar masing-masing.
Refleksi
Esei KK yang dihantar banyak kekurangannya akibat sikap tidak serius pelajar terhadap teguran penambahbaikan oleh guru. Kesalahan dalam pelbagai aspek misalnya borang tidak lengkap, evidens tidak mencukupi dan sebagainya. Terdapat juga kesalahan berulang yang dilakukan oleh pelajar. Mereka diminta menghantar dokumen berkaitan yang tidak lengkap pada minggu ini.
Pelajar juga akan dipanggil bertemu guru pada masa rehat dari masa ke semasa untuk mendapatkan penerangan tentang  aspek yang perlu dibuat pembetulan dalam KK mereka ( jika perlu).


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
22/4/19 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
1.20-2.40
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA PENGENALAN ESEI
Objektif
1.      Menghasilkan pengenalan esei yang ringkas, padat dan tepat.
2.      Membahagikan pengenalan kepada 3 jenis berdasarkan bentuk soalan.
3.      Membina ayat terakhir dalam pengenalan dengan memberi penegasan dan mengaitkan dengan soalan. Contohnya, bagi soalan perbandingan,  sebaik-baiknya ditulis, bagi “aspek tersebut”, jelas ada perbandingan antara “a” dengan “b
Kaedah/Aktiviti
Latihan menulis pengenalan esei berdasarkan 3 jenis/bentuk soalan:
1.      Pengenalan yang menggunakan pendefinisian konsep dan takrifan. Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.
2.      Pengenalan yang menghuraikan latar belakang. Contoh Soalan:Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa Al-Rasyidin.
3.      Pengenalan yang tidak menggunakan takrifan sebagai isi.Hal ini kerana kehendak soalan adalah berfokus kepada konsep 
Contoh Soalan:
·         Jelaskan konsep ummah yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
·         Bincangkan konsep jihad dan kepentingan terhadap negara Islam pada zaman Rasulullah.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
      1.      Kegigihan/daya usaha
      2.      Rela berkorban
Konsep/Istilah
1.            Ummah
2.            Jihad
Sumber rujukan
  1. Soalan Percubaan Kelantan P2, 2015. 
2.      Percubaan Kelantan 2019- Set 1
  1. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM di SMKTAR pada 2014 dan di PPD Bachok pada 2019.
Refleksi
40% Pelajar berjaya menghasilkan pengenalan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya berjaya menyiapkan melebihi tempoh masa yang guru tetapkan.
Walaubagaimanapun keseluruhannya pelajar berjaya menyiapkan pengenalan esei mengikut kehendak soalan yang dikemukakan, dengan sedikit penambahbaikan daripada guru. Setiap pengenalan esei yang dihasilkan dibaca dan disemak oleh guru serta dibuat penambahbaikan bersama pelajar. Juga untuk panduan pelajar lain.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
24/4/19 (Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
7.40-9.20
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI.
Objektif
       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan isi esei 
Kaedah/Aktiviti
Latihan menghuraikan isi esei berdasarkan panduan berikut:
1.      Jika soalan tanya langkah-langkah, isi esei mesti ada kata kerja “me..”Cth soalan: Huraikan langkah-langkah mengatasi ancaman golongan Al-Riddah..antara kata kerja yang boleh diguna dalam jawapan misalnya memerangi, membanteras dll.
2.      Menggunakan kata kunci yang diguna dalam soalan. Jangan ubah/guna perkataan lain walaupun sama maksudnya.
3.      Ayat pertama setiap perenggan perlu dinyatakan mengikut urutan iaitu Isi, Huraian dan Contoh.
4.      Penegasan pada akhir ayat:Pada akhir ayat bagi setiap perenggan isi, perlu ada Penegasan iaitu taakulan/nilai fakta bagi setiap isi. Contohnya..Soalan berkenaan sumbangan Salehuddin Al-Ayyubi:.
·         Isi: Perkenalkan teknologi peperangan
·         Huraian: Mencipta senjata moden
·         Contoh: Meriam
·         Sumbangan: Dapat menawan Kota Baitul Maqdis
·         Penegasan: Apa kepentingan Kota Baitul Maqdis.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
        3.   Rela berkorban
Konsep/Istilah
1.      Golongan Al-Riddah
Sumber rujukan
  1. Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
  2. Soalan Percubaan Kelantan 2015 Soalan Percubaan pelbagai negeri tahun semasa dan tahun-tahun lepas...
Refleksi
30% Pelajar berjaya menghasilkan isi esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya berjaya menyiapkan melebihi tempoh masa yang guru tetapkan.
Walaubagaimanapun keseluruhannya pelajar berjaya menyiapkan isi esei mengikut kehendak soalan yang dikemukakan sekurang-kurangnya dengan mengembangkan 2 isi. Setiap isi esei yang dihasilkan dibaca dan disemak oleh guru serta dibuat penambahbaikan bersama pelajar.Juga untuk panduan pelajar lain.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
25/4/19 (Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
9.40-11.00
Catatan
Tiada aktiviti PdPc pada hari ini kerana sepanjang hari digunakan untuk Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah.

No comments:

Post a Comment