Pages

Thursday, May 2, 2019

2019 Minggu 18 (28/4-2/5/19).

 
Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
28/4/19 (Ahad)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
9.00-10.20
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA ISI  ESEI (SAMBUNGAN).
Objektif
      Menghasilkan isi esei yang jelas dan tepat mengikut format. 
Kaedah/Aktiviti
Latihan mengarang esei.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha
Konsep/Istilah
1.      jahala
Sumber rujukan
  1. .Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
  2. Soalan Peperiksaan Percubaan pelbagai negeri tahun-tahun lepas dan tahun semasa
Refleksi
60% Pelajar  membuat tugasan/kerja rumah . Jawapan yang telah lengkap disemak dan dibuat penambahbaikan oleh guru secara bersemuka. Manakala pelajar yang belum menyiapkan tugasan di rumah, diminta meneruskan usaha mengarang isi esei.



Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
28/4/19 (Ahad)**kelas tambahan
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
3.00-4.20
Tajuk
SEJARAH KERTAS 2:TAMADUN ISLAM
  • ULANGKAJI: MEMBINA KESIMPULAN  ESEI.
Objektif
       1.      Menghuraikan langkah-langkah menghasilkan kesimpulan esei. 
Kaedah/Aktiviti
Latihan menghuraikan kesimpulan esei berdasarkan panduan berikut:
1.      Sebaik-baiknya gunakan perkataan kesimpulan sahaja. Jika menggunakan perkataan lain,biarlah jelas maksudnya.
2.      Gunakan lebih daripada satu ayat.
3.      Jangan senaraikan/ulang semula isi
4.      Masukkan unsur futuristik (apa yang berlaku selepas itu).Contoh: …disebabkan kekufuran dan kejahilan masyarakat jahiliyah, Allah menurunkan kitab suci al-Quran sebagai pedoman kepada mereka.
5.      Pembeza ayat pertama dan kedua dipisahkan oleh perkataan “Namun begitu” dll yang sesuai.
6.      Beri pendapat yang dikaitkan dengan fakta,tetapi hendaklah selaras dengan kehendak soalan.
KBAT
Menganalisis
i-Think/Proses Pemikiran
Peta Pokok/Membuat pengelasan
Nilai/Unsur  patriotisme/
Kemahiran insaniah
        1.      kerjasama.
        2.      Kegigihan/daya usaha

Konsep/Istilah
Unsur futuristik
Sumber rujukan
1.      Bahan kursus teknik menjawab soalan Sejarah STPM
2.      Soalan Peperiksaan Percubaan pelbagai negeri tahun-tahun lepas dan tahun semasa
Refleksi
80% Pelajar berjaya menghasilkan kesimpulan esei yang baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.Manakala selebihnya berjaya menyiapkan melebihi tempoh masa yang guru tetapkan.
Walaubagaimanapun keseluruhannya pelajar berjaya menyiapkan kesimpulan esei mengikut kehendak soalan yang dikemukakan.
Ada pelajar yang berjaya menghasilkan kesimpulan esei dengan baik dan ada juga yang sederhana.
Latihan pengukuhan diberi sebagai kerja rumah.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
29/4/19 (Isnin)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
1.20-2.40
Catatan
Tiada aktiviti PdPc pada hari ini kerana semua pelajar tingkatan 6 terlibat dalam Kem Sejarah di SMK Badak, anjuran PPD Bachok.


Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
1/5/19 (Rabu)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
7.40-9.20
Catatan
CUTI UMUM HARI PEKERJA.

   
Mata pelajaran
Sejarah
Tarikh/Hari
2/5/19 (Khamis)
Kelas/Bilangan Pelajar
6A6/ 23 pelajar
Masa
9.40-11.00
Catatan
Tiada aktiviti PdPc pada hari ini kerana  pelajar tingkatan 6 Atas terlibat membantu guru dalam program Minggu Informasi Menuju Puncak Pelajar Tingkatan 6 Sesi 2019/2020. Pelajar yang tidak terlibat dengan urusan pendaftaran perlu berada di Dewan Terbuka PIBG sempena Majlis Persaraan Tuan Pengetua.

No comments:

Post a Comment